ASSALAMUALAIKUM
Saya anak jati Kampung Lonek ingin menceritakan kisah keunikan kampung saya.Asalnya kampung saya yang kurang membangun,kini telah menjadi kampung contoh di Negeri Sembilan.Kampung saya telah menganjurkan projek Homestay dan membangunkan industri kecil sederhana seperti membuat mee kuning,tempe,bengkel kraf tangan buluh,kraf tangan daun getah,projek ikan keli,ayam kampung dan perusahaan cendawan.
Keindahan kampung saya menarik ramai pelancung dari dalam dan luar negeri berkunjung ke sini.Kehijauan sawah padi yang terbentang luas menambahkan lagi keunikan kampung saya seolah-olah menanti kehadiran para pengunjung ke sini.Kampung sayatelah menerima berbagai-bagai anugerah homestay terbaik peringkat daerah, kampung contoh dan lain-lain lagi.Persatuan belia yang bergerak aktif menjadi nadi penggerak kepada kejayaan kampung saya.